Kembali ke manu utama myKamera - Canon kembali ke paparan sebelum ini
Canon
EOS DigitalRebel XT (350D)
Analog EOS Rebel 300v
Powershot S50

Nikon
Coolpix 3200

Kodak
Easyshare CX7300

Fuji
Finepix S7000

Sony
TRV207
VX2100E

Cybershot DSCT7

Konica Minolta
Dimage X31

EOS Digital Rebel XT (EOS 350D)

Nota: Kamera Canon EOS Digital Rebel XT dan EOS 350D adalah sama

Kamera 6-megapixel Canon EOS Digital Rebel Wujud dipersada fotografi di akhir tahun 2003 dan mengesahkan kehadiran dalam kategori terbaru sebagai kamera digital SLR mesra bujet dan mampu beli dengan tag harga dibawah RM4000 termasuk lensa zoom 18-55mm. Menakjubkan, ianya berjaya menempatkan diri sebagai digital SLR paling laris di dunia sepanjang sehingga 2006.

Kini, Canon telah menghasilkan Kamera Canon EOS Digital Rebel XT SLR, merampas segala yang ada di dalam Digital Rebel yang asal (EOS 300)beserta penambahan resolusi dari 6MP kepada 8MP, speed/kelajuan operasi  serta pengawalan kreatif. Digital SLR mesra pengguna ini sesuai dengan semua lensa EF Canon termasuk lensa EF-S lenses disamping  masih mengekalkan tag harga dibawah RM5000 sebagai "entry-level digital SLR" untuk konsumer.

Kebanyakan kemudahan/features advancements dan innovasi pada kamera digital EOS Digital Rebel XT ini, diperturunkan dari EOS 20D. Kedua-dua kamera menggunakan Canon 8-megapixel, warna resolusi tinggi CMOS image sensor, dan memberikan kesan sudut pandangan yang sama, iaitu bersamaan 1.6 x jarak focal biasa lensa EF. Kebiasaannya konsumer melihat hanya kepada fakta yang kedua-dua kamera adalah berkeupayaan 8-megapixel SLR berkemungkinan tidak menyedari perbezaan sebenar antara keduanya. Boleh dikatakan kamera Canon Rebel XT dicipta untuk pengguna yang ingin beralih ke kamera digital tanpa kehilangan kuasa atau flexibility sistem SLR, namun tidak mampu melaburkan wang untuk kamera EOS 20D yang jelas lebih mahal iaitu pertambahan sekurang-kurangnya RM3000 lagi untuk memilikinya.

Kamera Digital Rebel XT dengan enjin pengimejan DIGIC II processor ini memberikan high-precision yang tinggi dan kelajuan yang pantas, penghasilan warna semulajadi termasuk juga saturation yang tinggi, subject yang terang, auto white balance yang lebih sempurna, ditambah lagi dengan peningkatan kualiti imej, DIGIC II mempercepatkan masa start up kamera yang menakjubkan sehingga kepada kecepatan 0.2 second - 10 kali lebih pantas dari EOS Digital Rebel terdahulu. Kamera ini juga telah mengurangkan masa lag pelepasan shutter time dari ~120 milliseconds kepada 100 milliseconds, disamping mengurangkan masa "viewfinder blackout dari ~225 milliseconds kepada 170 milliseconds.

Digital Rebel XT mempunyai 12 mode dedahan yang secara mudah boleh dipilih dengan cara memutar "top-mounted" dail Mode. Pilihan dedahan mode ini meliputi kesemua keadaan shooting yang biasa terdapat dalam sesebuah kamera seperti: Full Auto, Portrait, Landscape, Close-up, Sports, Night Portrait, Flash Off, Program AE, Shutter speed-priority AE, Aperture-priority AE, Manual dan Auto Depth-of-Field AE. Kamera ini mempunyai kepekaan/sensitivty ISO 100, 200, 400, 800 dan 1600, Canon juga mempertingkatkan pelarasan Auto ISO dengan memasukkan ISO 400 supaya dapat membantu dalam peningkatan kualiti imej, mengurangkan gegaran kamera dan memperbaiki pemandangan supaya lebih cerah bila berada dibelakang objek ketika mengambil foto menggunakan flash.

Antara kemudahan yang baru yang juga terdapat pada Digital Rebel XT seperti pemilihan metering dan AF modes, pengawalan dedahan flash compensation, peningkatan keupayaan E-TTL II flash metering juga customised fungsi kawalan. 

Masih mengekalkan 7-point autofocus yang sama sepertimana sistem Digital Rebel, Digital Rebel XT berkebolehan menganalisa dimana sesuatu subject berada -- walaupun ketika berkeadaan "off center" – dan hampir sertamerta meletakkannya berkeadaan focus. Lain-lain kelebihan DIGIC II iaitu menghasilkan masa startup yang lebih cepat, kelajuan yang lebih cepat bagi CompactFlash card writing dan lebihkurang 10X lebih pantas memindahkan data melalui high-speed USB 2.0. Kamera ini telah mengurangkan sehingga 35% penggunaan power (dan mempertingkatkan usia bateri). Bateri NB-2LH Li-ion beserta pengecas termasuk dalam pakej Digital Rebel XT bersama satu vertical grip yang baru (BG-E3) yang menerima sehingga 2 NB-2LH battery pack atau 6 batteri AA-size sementara AC Adapter Kit (ACK700) juga disertakan sebagai aksesori pilihan.
 

Kemudahan/Features Digital Rebel XT:

  • Canon EF lens mount, compatible dengan Canon EF dan lensa-lensa EF-S
  • 8-megapixel (effective) CMOS image sensor, RGB primary filter
  • 3 resolusi JPEG: Large, 8 megapixels; Medium, 4.1 megapixels; Small, 2 megapixels, Canon RAW, atau format fail JPEG+RAW
  • Full range exposure modes: Shutter Priority, Aperture Priority, Depth-of-Field AE, Programmed AE with modes for Landscape, Macro, Night Scene, Portrait, and Sports, and full Manual
  • White Balance: Auto, six presets dan Manual plus Bracketing
  • Continuous Drive mode: 14 frames at 3 fps (1/250 second or faster)
  • Shutter speeds: 30 to 1/4,000 seconds, plus Bulb
  • Eye level TTL viewfinder dengan pelarasan diopter, illuminated AF points, depth-of-field preview dan maklumat terperinci display.
  • Auto exposure bracketing: -/+2 EV in 1/2 EV or 1/3 EV increments
  • 9 Custom Functions with 24 settings including mirror lock
  • 1.8 inch, color TFT LCD, 118,000 pixels, 5 levels of brightness
  • ISO sensitivity range: 100, 200, 400, 800, and 1,600
  • Built-in E-TTL II popup flash beserta red-eye reduction.
  • Hot shoe untuk Canon EX Speedlites
  • I/O ports: USB 2.0 Hi-Speed, Video Out (NTSC or PAL), N3 remote control socket


EOS 350D
My favorite DSC


Analog EOS Rebel 3000v
Film camera


Pawershoot S50
Compact and intersting