SOUND & PICTURES <teknologi AV II myKamera II myGadget >
Teknologi audio-visual
Pengenalan
Jika anda menonton wayang zaman Charlie Chaplin anda akan merasa puas dengan hanya melihat
visual sahaja tanpa audio. Gerakan lucu Charlie Chaplin sudah cukup memikat hati penonton.
Kalau nak tahu dialog pelakun, anda baca sahaja teks yang dipaparkan. Apabila tekonologi
bunyi diperkenalkan barulah penonton dapat mendengar suara. Itupun bunyi yang hanya yang
tidak mempunyai kualiti serta dalam bentuk mono. Teknologi berubah dan sistem bunyi Hi-Fi
(High Fidelity) diperkenalkan. Dengan sistem bunyi hi-fi anda terhibur dengan keenakan
atau kemerduan bunyinya. Kalau istilah penggemar muzik "bunyi sebiji-sebiji".
Dengan sistem hi-fi juga hampir semua instrument yang direkodkan akan dapat dikeluarkan
semula melalui corong pembesar suara.
Apabila sistem hi-fi stereo diperkenalkan, dengan mempunyai set yang berkualiti pendengar seolah-olah berada dalam dewan konsert. Dari sinilah para penggemar muzik betul-betul dapat menghayati kemerduan dari peralatan yang canggih. Bukan sahaja pendengar dapat mendengarnya dari kaset atau piring hitam malah siaran-siaran radio pun telah mengalami evolusi. Dari hanya siaran yang dikira boleh setakat dengar sahaja tanpa mangambil kira kualiti kepada penerimaan siaran berbentuk hi-fi dan seterusnya hi-fi stereo. Masakini Astro telah memulakan penggunaan teknologi digital sepenuhnya untuk 20 siaran radio dan TV. Walau pun punca asalnya (source) adalah analog, ia didigitaizkan kepada digital signal dan dipancarkkan melalui MEASAT keseluruh Asia. Kalau anda penggemar kualiti audio visual anda tentu tidak akan melepaskan peluang melanggan walaupun mahal.
Seperkara lagi yang patut dirakamkam dalam lipatan sejarah audio-visual ialah jenis-jenis peralatan main balik (playback) seperti piring hitam, catridge, cassette (tape), CD (Coppact Disk), Laser Disk dan terbaru DVD (Digital Video Disk). Ada diantaranya telah pupus dan generasi hari ini tidak dapat melihat lagi macam mana bentuknya seperti cartidge dan piring hitam.
Sistem bunyi keliling (Surround)
Terdapat beberapa nama terkenal dalam persada bunyi keliling. Jika anda peminat stereo
atau biasa ke pawagam anda telah biasa melihat logo-logo hakcipta pengeluar bunyi keliling
seperti:
Dolby Dolby AC3, Dolby Stereo, Dolby Prologic, Dolby Digital etc THX THX diperkenalkan oleh Lucas Studio dan bekerjasama dengan lain surround production seperti Dolby dts dts atau Digital Theater System adalah sistem surround yang baru diperkenalkan dan berkonsepkan 5.1 seperti Dolby Digital
Dolby
Anda mungkin telah mula mengenali Dolby Stereo bila membeli CD atau kaset
dan juga Dolby Digital -bila membeli laser disk, DVD, VCD atau mengunjungi pawagam. Adakah
ini teknologi baru?.
Beberapa tahun yang lalu Dolby Laboratories telah menamakan Dolby Digital merujuk kepada sistem digital yang baru ini di dalam industri filem dan teater, dan dalam masa yang sama telah menamakan Dolby Surround AC-3 merujuk kepada pemasaran sistem "home theatre". Secara praktik kedua-duanya (sistem pawagam dan home theater application) adalah dari variasi asas teknologi yang sama (sedikit berbeza dalam data rate). Jadi untuk meminimakan kemungkinan kekeliruan dikalangan konsumer, syarikat Dolby telah mengambil keputusan bahawa konsumer Dolby yang menggunakan "multichannel digital format" akan dikenali dalam nama yang sama sebagaimana yang digunakan di dalam industri filem dan teater iaitu Dolby Digital.
Format Dolby Surround dan Dolby Pro Logic adalah berasaskan kepada teknologi analog matrix. Sementara generasi terkini laserdisc dan juga juga format baru seperti yang digunakan oleh Dolby Digital ke atas Digital Video/versatile Discs (DVD) dan high definition television (HDTV), syarikat Dolby akan merujuk kepada Dolby Digital, sepertimana yang digunakan untuk pengeluaran filem.
Dolby Surround Pro Logic, Dolby Digital (AC-3) dan Dolby
"5.1"
Dolby Digital menghasilkan enam saluran audio berasingan (discrete). Seperti Dolby
Surround Pro Logic, ianya termasuk saluran kiri, tengah dan
kanan merintangi ketengah ruang. Dolby Surround Pro Logic mengeluarkan hanya satu saluran
(channel) keliling yang mengandungi bandwidth yang terhad (100 Hz hingga 7,000 Hz) di mana
biasanya khusus untuk main-balik ( played back) dirumah melalui 2 channel amplifier yang
menggunakan 2 speaker. Berbeza dengan Dolby Digital, ia menghasilhan saluran bunyi
berasingan (discrete) surround kiri dan surround kanan, dengan frequensi
semua 5 saluran utama adalah "full range" (3 Hz hingga 20,000 Hz). Satu
subwoofer boleh ditambah jika diperlukan Saluran keenam ialah, saluran untuk
"Low Frequency Effects" (LFE), yang pada masa-masa tertentu, mengandungi
"additional bass information" bagi memaksimakan "the impact" kepada
scene seperti letupan, pelanggaran, dsb. Saluran (channel) ini mempunyai satu "
frequency response" yang terhad (3 Hz hingga 120 Hz), dan juga dipanggil sebagai
saluran ".1". Bila ditambah dengan "5 full range channels" sistem
Dolby Digital dipanggil juga dengan nama "5.1" channel. Kesemua
saluran dalam satu sistem Dolby Digital adalah berbentuk digital, ini bermakna semua
saluran boleh dipindah tanpa kehilangan data asal (loss) daripada "mixing
console" producer kepada sistem "home theater playback" anda.
Perkakasan Dolby Digital
Jika anda baru dalam bidang pemasangan "home theater", anda mempunyai
bernagai pilihan untuk membeli satu laserdisk player (LD player) tunggal atau atau LD
player yang dikembarkan dengan Video CD player yang banyak terdapat dipasaran di
Malaysia denagn berbagai jenama popular, atau anda mahukan yang terbaru iaitu Digital
Video Disk (DVD) player juga amplifier dan speaker yang sesuai untuk Dolby Pro Logic atau
Dolby Digital. Biasanya LD atau DVD mempunyai Dolby Digital RF signal output (yang
menghasilkan Dolby AC-3 data stream). Komponen utama yang perlu ditambah ialah Dolby
Digital demodulator/decoder (untuk decoding AC-3 data stream semasa main-balik -
playback). Decoder atau processor untuk decode semula signal dari LD atau DVD ini juga
boleh didapati di pasaran dengan pilihan samada berkembar dengan ammplifier atau
berasingan. Gambarajah 1 menunjukkan bagaimana kedudukan pemasangan sistem surround
biasanya dibuat untuk "home teater". Menambah satu lagi subwoofer adalah lebih
baik ataupun memasang subwoofer pada setiap saluran adalah atas citarasa anda. Tetapi jika
anda berasa sukar untuk memasang dan menyesuaikan yang mana pilihan set yang terbaik,
lebih baik anda membeli yang telah siap dipasaran seperti jenama Kenwood, Sony, dan
lain-lain yang mempunyai set LD dan amplifier yang mempunyai decoder AC3 bina dalam
serta 5 speaker dengan pilihan subwoofer atau set-set Dolby Digital Processor Sound
System, amplifier untuk saluran 5.1 dan 5 speaker.
Berbagai format Dolby Digital yang terdapat
dipasaran seperti:
High Definition Television (HDTV)
Direct Broadcast Satellite (DBS) systems
Digital Cable TV systems
The Digital Video Disc (DVD)
Lain-lain format seperti Digital Video Cassette (DVC) dan
Digital Audio Broadcast (DAB)
SECARA TEKNIKALnya
Dolby Digital boleh memproses sekurang-kurangnya:
20-bit dynamic range digital audio signal melalui lingkungan frequency dari 20
Hz ke 20,000 Hz ±0.5 dB (-3 dB at 3 Hz dan 20,300 Hz).
Saluran bass effects merangkumi 20 to 120 Hz ±0.5 dB (-3 dB at 3 and 121 Hz)
Sampling rates menyokong 32, 44.1 and 48 kHz
Data rates range dari serendah 32 kb/s untuk satu saluran mono tunggal kepada
keparas 640 kb/s, merangkumi a wide range of requirement.
Typical applications include 384 kb/s for 5.1 channel Dolby Digital consumer formats, and
192 kb/s for two-channel audio distribution.
THX (Digital Theatre System)
THX Sound System telah dibangun dan diperkenalkan dalam tahun 1982 semasa menghasilkan
filem Star Wars, Return of the Jedi. Ia adalah hasil Inspirasi George Lucas dalam usaha
mempertingkatkan cara persembahan mutu industri film. Pengarah teknikal Lucasfilm
Corporate, Tomlinson Holman, mula mengenalpasti masaalah berkaitan dengan bunyi sistem
pawagam. Holman mendapati penonton tidak dapat mendengar apa yang telah direkodkan dalam
filem studio dan kebanyakan bunyi-bunyi efek tertentu didapati lenyap. Beliau akhirnya
mencapai satu hasil yang inovatif iaitu mengabungkan mutu performance yang sediada kepada
satu sistem baru yang tersdiri dari "theatre acoustic" juga peralatan bunyi. THX
(dinamakan sempena nama filem feature pertama George Lucas yang bertajuk, THX 1138).
THX Sound System adalah satu-satunya sistem sepertinya yang mengambil kira segala aspek
dalam satu-satu perfomance audio & visual, yang terdiri dari sistem arkitek, sistem
akoustik dan peralatan(equipment). Sistem ini telah direka sedemikian rupa terutama untuk
menyesuaikan dengan kecangihan yang dihasikan oleh Dolby Laboratories dalam
"decoding" bunyi ke dalam "sound track" yang menumpukan kepada
"A-Chain." sementara THX Sound System membuat penumpuan kepada
"B-Chain" sistem bunyi pawagam."B-Chain" ialah terdiri dari
"customized acoustical design work" bagi setiap auditorium, yang mengadungi
antaranya satu "special screen speaker installation", satu "proprietary
electronic crossover network", dan spesifikasi peralatan audio yang ketat juga mutu
performance. Setiap kali bila sahaja pemasangan THX Sound System siap, sistem pawagam itu
akan diuji oleh seorang jurutera THX bagi memastikan penghasilannya mancapai sebagaimana
yang ditetapkan oleh THX environmental technical criteria dan direkomenkan oleh
"industry standard" untuk mendapatkan kualiti audio-visual semasa persembahan.
THX and Digital Sound
Para technologies dalam Digital recording seperti Digital Theatre Systems (DTS),
Dolby Digital (SR D) and Sony Dynamic Digital Sound (SDDS) telah manghasilkan sistem bunyi
yang ketara kehebatanya. Tetapi digital secara tersendiri tidak memadai tanpa gabungan
dengan lain-lain komponen seperti THX ini. Digital recording affects hanya "encode
sound information" kedalam satu-satu filem tanpa terlibat dalam aspek lain dalam
pengeluaran bunyi yang hebat seperti yang telah dihasilkan oleh THX Sound System.
DTS (Digital Theater System)
Dalam tahun 1993, filem cereka blockbuster Speilberg berjodol Jurassic
Park telah memperkenalkan DTS (Digital Theater Systems), lalu menukar terus cara kita
menghayati sistem bunyi pawagam dalam satu-satu movie. DTS telah meletakkan sistemnya
sebagai "digital sound format" yang menjadi pilihan utama penonton, pembuat
filem para exhibitor yang sehingga setakat ini telah melibihi 10,000 tayangan
"worldwide".
DTS Digital Surround memperkenalkan teknologi terbaik yang pernah dihasilkan untuk menukar
sistem "home theater" kepada 6 "discrete channels" yang lebih jelas,
lebih baik dari compact-disc dan performance dalam digital audio. DTS Digital Surround
juga adalah satu-satunya "5.1 surround sound format" yang boleh memberikan
pengalaman 3D (3-dimensional) melaui cara baru rekoding muzik ke dalam compact discs, juga
dari 5.1 soundtracks filem yang asli kepada laserdiscs, dan akan datang kepada
berbagai variety produk DVD. Pengeluar hardware telah mula memadukan DTS technology
yang baru ini kepada peralatan A/V surround processors yang dikeluarkan di pasaran.
Reference:
Dolby | Sony | THX | Kenwood | dts |